|

BERGITUKAH CINTA EP1

Bermula 14hb februari 2011, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd membawakan kisah percintaan remaja bertajuk BEGITUKAH CINTA untuk tontonan peminat drama di slot Akasia TV3. Drama 24 episod ini akan menggantikan Tiramisu dan dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah. Pelakon-pelakon lain yang terlibat adalah seperti Aida Khalida, Shahronizam, Ku Fridah, Wan Nor Azlin, Khairil Anwar, Ramona Zamzam dan ramai lagi.

Kisah tulisan Sharifah Abu Salem ini mungkin sekali diilhamkan daripada filem popular lakonan dan arahan Tan Sri P Ramlee bertajuk IBU MERTUAKU. Jangan lupa saksikannya pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.


Video Promo Drama Begitukah Cinta

Sinopsis Begitukah Cinta

Nazril yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana. Dua watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej.

Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.







Posted by Aman on 9:33 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "BERGITUKAH CINTA EP1"

Leave a reply

Recently Commented

Recently Added