|

MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 1

bermulalah pertandingan yang sengit diantara top 3 juara raja lawak dari musim pertama sehinggalah musim ke 5 bagi merebut gelaran Maharaja Lawak 2011. Memang sengit ! Antara yang bertanding pada malam ini. Kumpulan Jozan .. gabungan Johan dan Zizan, Nabil, Kumpulan Jambu (Yus & Tauke), Kumpulan Wai ( Kecik + Idlan), Amir, Jihan, Alex, Sepah, XN3, Man, R2 dan Balas.

maharaja lawak 2011

Kumpulan Jambu, gambungan Tauke dengan Yus memulakan program realiti malam ini. Memang sempoi. Lawak yang bersahaja .. tapi penuh dengan makna yang tersirat. Pada pandangan saya, Yus dan Tauke .. memang serasi digandingankan bersama. Nampak lebih matang berbanding lawak perseorang sebelum ini dalam program realiti raja lawak.

Man .. Walaupun juara dalam raja lawak musim ke 5 .. lawak yang sampaikan agak biasa. Nampaknya banyak lagi yang perlu diperbaiki. Walaubagaimanpun .. tahniah kepada Man kerana mampu memberikan persembahan yang menarik pada malam ini.

Kumpulan XN3 dan Amir .. tak banyak komen yang dapat saya berikan. Memang kelakar .. tapi perlu lebih banyak study macam mana nak tackle mood penonton.

R2 .. kumpulan adik beradik yang memang sempoi. Lawak yang diutarakan .. tersusun rapi. Watak cikgu dan pelajar. Hehehe lawak .. lawak. Saya suka dengan gelagat mereka berdua. Yang tak lawaknya. Watak cikgu tu .. asik selak rambut je. Kalau dah panjang .. baik ikat atau gunting. Nie tak .. buang stim je.

Alex .. saya suka dengan style alex. Walaupun gemuk. Beliau tetap tak kekok untuk membuat persempahan yang terbaik. Baginya .. segala-galanya besar. Mood besar .. semangat pun besar .. segala-galanya besar. Hehehe ! Tahniah Alex !

Jozan Maharaja Lawak

Johan dan Zizan (JOZAN). Kumpulan yang paling ditunggu-tunggu dalam rancangan Maharaja Lawak 2011 ini. Masa nak start pun .. saya dah ketawa terbahak-bahak. Memang kelakar dengan keserasian mereka berdua. Sepontan ! YES .. YES .. i like diorang nie. Hehehe !

Kumpulan WAI (Kecik dan Idlan) Cite .. Pocong .. PON ! PON ! Hahaha .. lawak-lawak ! Mula-mula tu saya confuse jugak .. kenapa mereka nie boleh bergabung. Tak nampak kat mana serasinya mereka bertiga. Tapi lepas tu teringat rancangan tiga budak botak. Oooo .. mungkin dari situ la mereka bertiga buat agreement. Apa-apa pun tahniah kepada kumpulan WAI kerana malam nie .. memberikan persembahan yang terbaik.

Jihan .. satu-satunya peserta perempuan dalam program realiti Maharaja Lawak 2011. Lawak .. boleh tahan la. Lawak gak ! Tapi kalau menang .. nak panggil apa ye ! Apek cakap .. Manjakani ! Sesuai ke ?

Sepah Maharaja Lawak

Kumpulan Sepah .. bagi saya memang best ! Saya suka dengan lawak mereka bertiga nie. Lawak yang sempoi, ada perancangan dan hala tuju. Jadi memang tak boring la !

Kumpulan Balas dengan hantu mak cik karipap. Hahaha .. no komen ! Memang lucah ! Ada ke jual karipap .. jual pau sekali .. lepas tu. Pau pulak kecut. Hahaha .. lucah ! lucah !

Nabil .. lawak .. lawak.

































Posted by Aman on 6:56 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 1"

Leave a reply

Recently Commented

Recently Added